15/11/19

Setinggi tinggi tahniah diucapkan buat Bonda Pengetua, Dr Norisah binti Suhaili atas anugerah-anugerah yang telah diperoleh sewaktu berlangsungnya Majlis Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak 2019.

Buat seluruh warga SAKURA, tahniah buat anda semua! Tanpa kerjasama padu dari semua pihak, mana mungkin kejayaan hebat seperti ini dapat diraih.

Berikut merupakan anugerah yang telah dimenangi:

1. SAKURA – Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak (Kategori Sekolah Kawalan)

2. Dr Norisah binti Suhaili – Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak (Kategori Pengetua)

Alhamdulillah, kami bersyukur atas rezeki dan nikmat yang telah Allah limpahkan buat kami sepanjang tahun 2019. Semoga ia menjadi inspirasi dan kekuatan buat seluruh warga SAKURA untuk maju kehadapan di masa akan datang.

Mekar SAKURA 🌸

Share This