Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Keputusan semakan rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2021 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sudah boleh disemak mulai 8 Jun 2021 (Selasa), jam 12.01 pagi.

Berikut adalah pautan yang berkenaan

Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my

Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

Disertakan carta alir proses pendaftaran calon ambilan rayuan untuk rujukan murid serta ibubapa/penjaga.

Peringatan, pendaftaran adalah secara atas talian SAHAJA. Tempoh pendaftaran pula adalah 7 hari daripada tarikh surat tawaran.

Bagi yang bersetuju menerima tawaran tersebut, sila hubungi pejabat SM Sains Kuching Utara di 082-646540 (jam 8.00 pagi – 12.00 tengahari) untuk urusan selanjutnya.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya 🌸🌸🌸

Share This