Seluruh warga SAKURA mengucapkan Selamat Maju Jaya buat Puan Norrolnadia binti Tajudin yang bakal melanjutkan pelajaran tidak lama lagi.

Terima Kasih yang tidak terhingga buat jasa dan bakti yang telah dicurahkan buat SAKURA selama Cikgu berada di sini bersama kami.

Bintang Barat terbit petang,
Bintang Timur terbit pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Walau jauh di negeri satu,
Hilang di mata, di hati jangan.

Terima Kasih, Cikgu dan Selamat Maju Jaya 🌸

Share This