Kegembiraan, Kasih Sayang & Saling Menghormati

Pagi tadi telah berlangsung majlis pelancaran untuk Program Ziarah Cakna 2020 peringkat sekolah. Terima Kasih diucapkan kepada YDP PIBG, Tn. Hj. Yul Haidzir bin Razali Bujang kerana dapat meluangkan masa untuk merasmikan program ini.

Tujuan program ini adalah untuk memperluas konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibubapa/penjaga.

Semoga hubungan serta persefahaman antara kami, warga kerja SAKURA dengan ibubapa/penjaga anak-anak SAKURA semakin erat dan utuh dengan adanya program seperti ini.

Mekar SAKURA 🌸

Share This