Makluman buat Ibubapa/Penjaga anak-anak SAKURA.

Sehubungan dengan penutupan sekolah di Kuching (Zon Merah) atas arahan KPM.

Ibubapa/penjaga dibenarkan menjemput anak/anak jagaan masing-masing untuk balik ke rumah mulai pukul 12.00 tengahari, Khamis, 29 Oktober 2020.

Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan masuk ke kawasan asrama.
Hanya salah seorang ibu atau bapa atau penjaga sahaja yang dibenarkan turun dari kereta.
Pelitup muka harus dipakai sepanjang masa.

Nota:
Murid yang jauh tidak diwajibkan balik. Mereka dibenarkan tinggal di asrama.

Jika tidak sempat balik pada hari ini, murid boleh balik esok atau hari seterusnya.

Murid hanya dibenarkan balik ke rumah ibubapa/penjaga yg sah SAHAJA.
Murid tidak boleh menumpang di rumah kawan.

Pintu belakang (laluan keluar) akan dibuka pada waktu puncak sewaktu mengambil anak-anak pada hari ini.

Seperti biasa, murid perlu meninggalkan pas keluar kepada pengawal keselamatan bertugas sebelum keluar dari kawasan sekolah.

Untuk tujuan keselamatan, ibubapa/penjaga hendaklah datang sendiri untuk menjemput murid/anak/anak jagaan.

Atas arahan BPSBP, murid tidak dibenarkan balik sendiri menggunakan pengangkutan awam.
Pihak sekolah tidak menyediakan perkhidmatan bas ke lapangan terbang dan terminal bas.

Share This