Selesai sudah Mesyuarat Staf Bil.4/2020 SM Sains Kuching Utara sebentar tadi.

Mesyuarat ini telah diadakan secara atas talian setelah mengambil kira keperluan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga bagi memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19.

Walaupun begitu, mesyuarat telah berjalan dengan lancar sekali.

SYABAS buat semua warga SAKURA atas pencapaian, usaha serta pengorbanan sepanjang sesi persekolahan tahun 2020. Ternyata sesi persekolahan tahun 2020 adalah amat berbeza dari tahun-tahun sebelum ini.

Segala suka dan duka, pahit dan manis yang dirasai bersama pada tahun ini semestinya menjadikan setiap sorang daripada diri kami untuk menjadi lebih cemerlang dan memotivasikan kami untuk membawa SAKURA terus maju ke hadapan.

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH & TERIMA KASIH buat semua warga kerja SAKURA atas kerjasama pasukan yang tidak berbelah bagi.

Marilah kita terus bersama-sama berganding bahu dalam matlamat untuk meneruskan kecemerlangan SAKURA.

Mekar SAKURA 🌸🌸🌸

Share This