Terima Kasih diucapkan kepada pegawai Jemaah Nazir Sarawak kerana telah datang ke SAKURA untuk pemantauan dan tinjauan berkaitan persediaan pengoperasian pembukaan sekolah.

Kami percaya kehadiran tuan/puan dapat membantu kami untuk bersedia dengan lebih baik dan sempurna untuk membuka semula sekolah nanti.

Terima Kasih diucapkan kepada En. Jaya bin Pala dan Pn. Ramunah binti Mohram. Turut hadir bersama sewaktu proses tinjauan dan pemantauan SAKURA adalah Ketua Nazir Sarawak, Pn. Siti Zulaiha binti Ibrahim dan Timbalan Ketua Nazir, En. Kalana bin Ali Hassan.

Share This