Majlis Graduasi 2019 telah berlangsung pada 24/10/19 dengan penuh gilang gemilang.

Tahniah diucapkan kepada semua graduat Primarius dan diharap anak-anak semua akan memperoleh kejayaan yang cemerlang untuk SPM 2019 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Terima Kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Zainab Ngaini dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber Universiti Malaysia Sarawak atas kesudian menghadirkan diri ke Majlis Graduasi 2019. Tidak lupa juga kepada ibubapa/penjaga dan tetamu jemputan yang turut bersama-sama memeriahkan majlis gilang gemilang yang diadakan.

Syabas buat rumah pengelola, Rumah Ignis serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas komitmen yang diberikan sepanjang mengelolakan majlis ini.

Mekar SAKURA 🌸

Share This