Selamat Hari Guru diucapkan buat semua warga pendidik.

‘Berguru demi ilmu, Bina generasi baharu’

Sungguh mendalam tema Hari Guru yang dipilih pada tahun ini. Tema yang sungguh tepat lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan situasi tidak terduga yang bukan sahaja melanda negara kita, bahkan seluruh dunia.

‘Berguru demi ilmu’ – Biarpun tidak bertemu empat mata, kesemua anak-anak masih gigih menuntut ilmu dari guru. Guru-guru turut berhempas pulas, membiasakan norma baharu sesi pengajaran dan pembelajaran melalui pelbagai medium dan sudah semestinya dengan kreativiti yang turut dipelbagaikan.

Ya benar guru-guru hanya dapat memantau dari kejauhan. Alangkah terharunya guru-guru apabila anak-anak bersungguh-sungguh menuntut ilmu yg dikongsikan hatta melalui alam maya. Benarlah seperti yang dikata, “Berguru demi ilmu”.

Siapa sangka norma berguru akan berubah seperti sekarang. Cabaran baru itu akan disahut dan diperkasakan bersama kerana sudah menjadi tanggungjawab guru untuk “membina generasi baharu” tanpa mengira kekangan dan cabaran yang melanda.

Terima Kasih Cikgu 🌸 Semoga sentiasa dilimpahkan barakah dan rahmat dari Allah SWT.

(Nantikan live streaming sambutan Hari Guru SAKURA yang akan berlangsung pada jam 10.00 pagi ini.)

Share This