Kelab Guru dan Staf SM Sains Kuching Utara telah mengambil inisiatif untuk membuat kutipan ikhlas daripada pihak guru, staf dan beberapa individu lain untuk meringankan sedikit beban pekerja dan anak murid SM Sains Kuching Utara yang terjejas akibat pandemik Covid 19.

Hasil daripada kutipan tersebut, sumbangan telah diberikan kepada 31 orang pekerja keselamatan, kebersihan dan dewan makan dan juga 40 orang murid SM Sains Kuching Utara.

Semoga sedikit sumbangan ini mampu memberi ruang dan peluang untuk lebih menghargai kehidupan dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menyokong dan memberikan sumbangan. Semoga dibalas dengan segala kebaikan di dunia dan akhirat olehNya.

Share This