Hari ini (Isnin, 6 Julai 2020) merupakan hari terakhir warga SAKURA bersama dengan Bonda yang amat kami kasihi.

Bonda pasti akan kami kenang sentiasa. Kami mendoakan agar Bonda Dr Norisah binti Suhaili sentiasa cemerlang di masa akan datang dan ukhuwah yang sudah terjalin kukuh di SAKURA tidak akan putus sampai bila-bila.

Hujan turun badan pun basah,

Batang galah haluan perahu;

Niat di hati tak mahu berpisah,

Kehendak Tuhan siapa yang tahu.

Menggamit rindu datang ke mari,

Teman sepermainan di tengah laman;

Kenangan bersama memahat memori,

Tautan kasih sepanjang zaman.

Selamat Maju Jaya, Bonda dan semoga terus cemerlang! Kami di SAKURA akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan Bonda. 🌸🌸🌸

Share This