Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan panel LPMP Provinsi Banten, Indonesia di atas perkongsian berkaitan Pembelajaran Dimasa Pandemi Jenjang Sekolah Menengah. Terima kasih kerana sudi menjemput SAKURA untuk turut sama memberi perkongsian dalam seminar online yang dianjurkan. Pihak SAKURA amat berbesar hati di atas jemputan yang diberi.

Syabas juga diucapkan buat wakil daripada SAKURA atas perkongsian berkenaan pengurusan dan amalan pasca PKP di SM Sains Kuching Utara.

Segala ilmu yang diperoleh daripada kedua-dua pihak amat berharga dan diharap dapat memberi manfaat buat kesemua peserta seminar dari kedua-dua negara.

Mekar SAKURA 🌸

Share This