SAKURA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Hajah Kamisah Aziz, Panel Penulis Buku Naratif Kelestarian Kecemelangan Sekolah (Kepimpinan Instruksional) & Mantan Pengetua Sekolah Tun Fatimah, atas perkongsian pengalaman dan amalan melestarikan kecemerlangan sekolah dalam SPM.

Turut bersama pada petang tadi ialah Dr. Hajah Zakiah bt Shafiee, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut diucapkan kepada beliau atas segala perkongsian serta cadangan bernas yang telah dibincangkan bersama pihak Pengurusan SAKURA serta guru-guru Agathum.

Perolehan dari program ini akan kami laksanakan sebaik mungkin dan semoga anak-anak Agathum akan lebih yakin dan lebih bersedia bagi menempuh perjuangan yang berbaki kurang dari sebulan.

Kita pasti boleh, SAKURA!
Agathum PASTI BOLEH!

Mekar SAKURA 🌸

Share This