8 Julai 2021 & 15 Julai 2021

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada BADAR SAKURA kerana telah menganjurkan
Majlis Bacaan Yasin dan sesi tazkirah ringkas kepada anak-anak Muslim Einstein & Curie (8 Julai 2021) dan Edison & Newton (15 Julai 2021) sebagai pengisian rohani kepada anak-anak SAKURA di samping menyuntik semangat mereka untuk terus ISTIQAMAH dan BERSEMANGAT dalam menuntut ilmu lebih-lebih lagi semasa PdPR ini. In shaa Allah.

Syabas semua kerana menghadirkan diri.

Terima Kasih BADAR SAKURA atas usaha ini.

Semoga pandemik ini segera berakhir agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti kelaziman sebelum ini. Semoga kita semua dapat kembali ke sekolah dan menimba ilmu dalam keadaan yang paling kondusif juga seperti kelaziman sebelum ini. Aameen!

Mekar SAKURA 🌸

Share This